Now Listening..

Thursday, November 22, 2012

Alhamdulillah, maka sampai lah ke penghujung :)

Kita akhiri perjalanan sebagai penuntut MSU dan A-Level secara rasminya dengan tasbih kafarah dan surah al-`Asr.

Sejauh perjalanan ini, onak dan ranjau kita tempuhi. Maafkan aku wahai sahabat. Atas setiap sesuatu yang telah mengguris hati dan perasaan kalian. Terlalu ramai yang telah aku sakiti. Dan terlalu banyak juga diri disakiti. Secara terbuka, aku meminta maaf, dan aku cuba lupakan apa yang pernah menikam diri ini.

Terima kasih, atas segala nasihat, bantuan, sokongan dan setiap detik waktu yang diluangkan bersama :) Dari ruang belajar, kamar tidur, kuliah, ke dapur berasap, hingga ke gelanggang futsal, kalian adalah sebaik2 sahabat, dan sehebat2 seteru ;) Jika diizinkan Ilahi, aku impikan, aku inginkan, dan telah kita usahakan, semoga kita semua, bersama selama mungkin, InsyaAllah, bersama2 kita meluaskan potensi diri, membuka pengembaraan baru, sebuah epik mahsyur yang bakal kita coret bersama di India nanti ;) Amiin.

Sampai di sini sahaja nukilan yang tulus ikhlas, dan tidak seberapa.Sayang di dalam hati ini untuk kalian, kian bertambah tiap detik. Pernah sayang itu menjadi benci. Namun, hati ku tidak mampu bertahan. Tewas. Perasaan sayang terhadap kalian melambung tinggi dengan setiap tragedi yang berlaku, insiden yang terjadi sejak dulu hingga kini. Jangan risau, akan ada warkah versi Bahasa Inggeris selepas ini, nantikan :) Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment