Now Listening..

Saturday, February 15, 2014

Kenapa kejar akademik gila2?!

By now, I should attain more right? Umur dah 20 tahun. It is getting heavier. Kalau dulu, senang, I only focus on studies, why? I want to make my parents happy. Kenapa nak jadi doktor? Sebab aku sendiri yang nak. Kenapa? Banyak je hujahnya, daripada yang keanak-anakan sampai la sebab yang paling kompleks. To become a doctor is my ambition. Kenapa kejar distinction? Kenapa nak hebat study? Honestly.. Now. I don't know. Why? Dulu, kejar akademik sebab dalam akal yang tidak matang, pemikiran yang masih sempit, masih jahil, itu sahaja saluran untuk aku balas segala pengorbanan papa dan mama. So I worked hard, just because I don't have or didn't know of any other option. But that was before.

Now? I'm here. A med school student. And, I'm losing the drive. Dengan pendedahan demi pendedahan yang aku terima, terdetik dalam lubuk hati. Up until now, I'm focusing on only one thing. Studies. Other people who excel in studies, they are exceptionally great at it, and then those that score fantastically, plus having other great skills! Be it sports, arts, tactical mind, and the list goes on. And I'm just sitting here, standing there, watching, wondering, angry at myself. Why? Why didn't I choose to have a skill like any of that? Take away my academics, and what do I have? Sports? Totally suck at it, some even say I'm wasting my height and body build, as much as I hate that person for that statement, I can't help but to agree. Arts? What? Drawing? Singing? Dancing? None of that. Tactical? Games or sports or whatever it is, I'm just an average at max. As grateful as I am with all the achievement Allah has permitted me to have, afterwards, the question "Now what?" keeps playing again and again. Sometimes I can have a full debate with myself. Arguing about this.

By achieving such remarkable grades, attention is drawn, eyes will be looking, rumors shall be spread, the name is publicised. But it is not enough. That is not how I want to live my life. Terlalu banyak sudut lain yang aku tak pedulikan. Ilmu-ilmu yang masih luas untuk aku dalami. Terfikir juga sekali-sekala, "Kalau ni pun x dapat nak cope, takyah la pressure nak grab benda lain". Habis tu? Takkan ni je kemampuan aku? Takkan la sampai di sini sahaja kebolehan dan keupayaan seorang pemuda berumur 20tahun? Hanya duduk menghadap buku-buku medik, skor setinggi2nya, graduate, kerja, sambung masters, jadi pakar, dan seterusnya dan segala apa diantaranya? "Buat masa sekarang, kau belajar je lah, itu tanggungjawab kau, jangan la terkejar2". Ayat ini, aku lafazkan terhadap ramai kawan2 aku, sejak sekolah menengah. dah hampir 7 tahun, adakah masih relevan? Aku punyai kawan2 yang hebat dari sudut akademik, hebat dari sudut soft skillnya, hebat dari ilmu agamanya, hebat, sangat hebat, yang membuat aku kadang kala terpaku, kelu lidahku, hanya mampu mengagumi. Aku juga mahu jadi seperti mereka. Biarlah aku terikut-ikut. Yang aku ikut itu para pemuda yang mempunyai semangat rijal yang tinggi, bukannya yang melalaikan aku, bukannya yang menjahanamkan aku.

Bertebaran di bumi Allah ini. Di Malaysia tanah airku, di India bersamaku, di Perancis, di German, di Russia, di Mesir, di Jordan, dan senarai ini berterusan... Adanya orang2 seperti mereka, aku cemburu. Tamak sangat ke aku ni? Aku nak dunia dan akhirat. Dua2 aku nak. Aku nak jadi seorang mu'min. Aku nak jadi seorang doktor yang hebat. Terlalu beratkah bagiku? 5-10 tahun dari sekarang, semua akan berubah, andai Allah masih mengizinkan kita bernafas, berjalan di bumi ini, dimana letaknya aku? Seorang doktor? InsyaAllah. Tapi aku tak mahu untuk menjadi sekadar sorang doktor.

Oh, tiba-tiba teringat. Islam. Aku orang Islam. Kenapa nak kejar semua benda-benda akademik? Kenapa nak jadi hebat? Sebab itu saluran aku. Hahahahah. *tepuk dahi* Semudah itu jawapannya rupanya. Setiap amalan itu bermula dengan niat bukan? Subhanallah. Penat mencari sebab untuk buat itu dan ini. Sudah diberitahu, jika kita niatkan amalan kita kerana Allah, pahala menjadi ganjaran kita insyaAllah. Teruskanlah berjuang, habiskan segala tenaga. Sudah, sudah, aku faham sekarang :) 

No comments:

Post a Comment