Now Listening..

Friday, June 29, 2012

:)




Rasa cemburu tu datang macam angin ribut, dengan tiba-tiba, sangat kencang, mungkin sahaja kita tak mampu mengharunginya tanpa terluka walau sekecil mana pun. Ya Allah, jika ini ujian yang engkau persiapkan untuk aku hadapi, andai ini rencana yang terbaik dari-Mu maka aku mohon, ya Allah, kuatkanlah hatiku menghadapinya, teguhkanlah aqidah ku, tabahkanlah jati diri ku. Aku akan cuba sehabis kudrat tenagaku, biarlah aku derita seperit mana, aku sanggup tempuhi demi mendapat keampunan-Mu. Kikislah perasaan cemburu yang tidak menentu ini ya Allah, semoga hatiku dapat menjaga dia yang aku sayang dengan sepenuhnya, tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Kurniakanlah aku kemampuan menjaga dan menyayanginya walaupun jika dia bukan milikku. Amiin.

No comments:

Post a Comment