Now Listening..

Saturday, June 16, 2012

Tulislah Jalan Cerita Hidup Kita :)


Kita semua nak hidup gembira kan? :) Xde sape yg nk hidup sedih2.
Kalau kita nak sesuatu, kena korbankan sesuatu.
Kalau kita beri sesuatu, pasti kita dapat sesuatu. Dua2 ni hukum sama nilai.

Nak keputusan exam cemerlang? Korbankan lah masa dok main2. Kan?

Bila kita senyum kat orang, dia senyum balik. Dapat dah sesuatu kan?
Kalau dia tak senyum pun, kita dapat jugak sesuatu, pahala, kan? :)

Kadang2, kita tau orang pandang serong pada kita. Tapi kita pun kena fikir, kenapa benda tu boleh jadi. Mungkin memang ada silap kita.
Dan setiap orang ada cara yang tersendiri untuk melakukan perubahan.
Ada yang terus berubah 180 darjah.
Ada yang ambil masa yang panjang .
Ada yang susun satu persatu tingkah yang perlu diubah.
Ada yang berubah sedikit demi sedikit.
Ada juga yang berubah tanpa disedari.

Orang lain mungkin tak perasan perubahan yang kita cuba lakukan.
Segelintir menyukarkan perubahan yang kita ingin lakukan.
Ramai yang boleh membantu kita berubah.
Tetapi apa yang penting kita sendiri sedar, yakin, dan percaya pada diri atas apa yang kita lakukan. Biarlah orang nak kata apa. Selagi kita tahu, apa yang kita buat itu, baik atau buruk, dan apa kesannya, jangan la kita putus asa :)

Kita kena terima satu fakta yang kejam. Sekarang kita hidup dalam zaman, sangat sedikit orang yang akan tegur kita secara terang-terangan, lebih2 lagi kalau yang melibatkan agama. Tapi ini tak bermaksud kita pun patut jaga tepi kain sendiri je, bila nampak benda tak elok, kalau mampu tegurlah dengan cara orang tu paham kenapa kita tegur, berkias sangat pun nnt orang x paham atau meluat.

Agaknye, bila orang2 yang dilabel sebagai "perosak", "sampah masyarakat" dan "buat malu kaum" ni tegur golongan yang anggap diri dia lebih baik tu, baru la sentap kan. Baru la nak ungkit2. Nasihat, jangan kerek sangat..

Cer bayang(or kita pun pnah hadapi situasi ni), si A punya la baik, semua aspek la baik, agama, akademik segala2 la mmg terbaik, tapi kawan dia si B dia biarkan hanyut, bila ditanya kenapa x tolong, jawapan2 ni yang keluar, "Dah dia xnak tolong diri sendiri.." , "Eh, aku pun bukan nye baik sangat.." , "Aku dah tegur da cara baik, berkias2 lagi, tp dia yang x paham..." . Haaa, achaner tu?

Apa kaitan coretan ni dengan tajuk? Macam xde kan? Haha :)
Cuma nak kata, kuasa di tangan anda(macam iklan celcom daa..)
Kita boleh pilih, di akhir hari nanti, kita akan lihat perjalanan hidup kita dan berkata, "Oh puas hati aku sebab apa yang berlaku adalah atas izin Allah yang membolehkan rancangan yang aku buat, cerita yang aku tulis di dalam kotak hati dan minda ku, aku puas kerana dapat hidup dengan cara yang aku nak" ataupunn.... "Oh, kenapa la diorang xnak tolong aku, kalau la diorang bagitau aku awal2 benda tu salah kan x jadi macam ni, kenapa la diorang xnk tolong aku..". Hehehe...

Oleh itu, tulislah jalan cerita hidup anda, nak jadi protagonis, antagonis, watak kecil, semua pun boleh. Jangan terlalu lama menyalahkan orang lain sebelum menyedari kesilapan diri. Pasti ada sesuatu yang kita boleh buat.

Hm, nak kongsi ayat sket, hehe tapi ni biasa2 je.

Berlian, emas, dan permata semuanya ditemui di celah-celah batu, tanah, dan lumpur, jadilah sepertinya, kegembiraan kepada orang yang berusaha mencari kamu di dalam kegelapan dan kekotoran.

Sekian sahaja, terima kasih, jagalah diri, dan datanglah lagi :)

No comments:

Post a Comment